Banyak perkara yang perlu di’adjust‘ dek angkara serangan COVID-19. Inilah ujian Allah yang semua dapat rasa, orang kaya, orang sederhana dan orang miskin. Semuanya merasai kesusahan. Cuma sedikit atau banyak aje yang berbeza.
Biasanya ujian itu datang menduga secara individu. Tapi kali ini dia pukul rata. Dia datang menguji kepada semua.
Tahap kesusahan yang dikenakan juga agak berbeza. Ada yang very minimal, ada yang mediocre dan ada yang tahap serius.
Mereka yang bekerja sendiri dan bergaji hari seperti penjaja makanan, penggerai, restoren dan sebagainya menghadapi kemelut ini pada tahap serius. Mereka perlu menjual makanan untuk dapat duit. Restoren boleh membuat jualan secara take away. Kalau kedai sudah dikenali umum dan bilangan pelanggan yang ramai maka tiada masalah!
Tukang-tukang rumah dan seumpamanya agak penat kerana mereka tidak boleh keluar bekerja semasa MCO ini.
Mereka yang bekerja kerajaan kira oklah juga kerana kerja ke, tak kerja ke, gaji tetap jalan. Tetapi mereka yang mendidik manusia ini agak susah sebab ada tarikh-tarikh yang perlu dilalui dan mempunyai ‘due date‘. Ada masa ujian, masa ‘presentation‘ dan sebagainya yang perlu dipatuhi.
Mana nak dapat masa-masa itu? Lepas tu, kena buat pula secara online.
Pandai ke kita untuk mengajar secara online, ada wifi ke students, ada credits tak pelajar kita, dan seumpamanya.
Mereka yang bisnes besar-besar mungkin tak terkesan benda ni. Atau jika terkesanpun tetapi manageable…
Hasilnya apa? Allah ingin melihat kita menyelesaikan masalah ini secara bekerjasama. Kita perlu saling bantu membantu, lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Yang mempunyai seharusnya menghulurkan sedikit bantuan kepada yang kurang mempunyai.
Walaupun kita tidak boleh bersatu secara fizikal tetapi kita kena bersatu dengan idea, pandangan, doa dan sumbangan; baik sumbangan berupa wang ringgit atau sebagainya.
Bismillahi llazi, Laa yadurru ma asmihi syai un fil ardhi wala fissama i wahuwassami ul alim.