Ramai Juga Manusia Tak Jujur Dewasa Ini

0139220012, inilah nombornya. Nombor telefon yang call kawan aku di waktu asar dan menelefon aku di kala selepas maghrib kelmarin.

Dia call aku lepas maghrib kelmarin kerana ingin minta dibantu sebanyak RM70.

Suaranya cukup baik. Bahasakan diri ana dan anta seperti orang yang berada dalam hiraki.

Pada petangnya sahabatku telah maklumkan ada seseorang yang menyamar pernah bekerja di fakulti kami kemudian bersara dan meminta pertolongan juga.

Namapun sama, nombor telefonpun sama cuma cerita berbeza.

Cerita si penipu kepada kawanku bahawa dia telah bersara lebih kurang 7-8 tahun yang lalu dari fakulti kami. Cerita si penipu kepadaku pula, isterinya baru lepas bersalin anak kedua.. Dan ingin mendapat sedikit wang untuk pulang ke kampung.

Logiknya, kalau bersara mesti dah tua. Takkan baru anak kedua…

Setelah aku masukkan dalam facebook cerita ini maka ramai kawan-kawanku yang tersedar yang mereka telah memberi wang kepada si penipu ini beberapa tahun yang lalu. Mereka terkena rupanya!

Manusia sanggup berbuat apa saja demi mendapat sedikit simpati haram… Kemudian dapat duit haram untuk belanja anak keluarga makan.

Apabila kita dah mula langkah pertama dengan menipu maka untuk menipu kali kedua, ketiga dan seterusnya telah menjadi enteng.

Ya Allah, Engkau jauhilah dari keturunanku mereka yang suka menipu dan memperdaya orang ramai. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin!