Lebat sungguh buah jambu air di rumahku. Ada sesiapa nak? Silakan. Ambil aje tak perlu minta kebenaran. Sungguh seronok melihat pokok buah-buahan berbuah lebat. Ada rezeki kita dan ada juga rezeki sang burung.
Pokok mangga di depan rumah ni belum lagi berbuah. Kalau berbuah memang sedap isinya. Aku ambil benih biji dari rumah Dr. Tholudin di Taman Pulai Utama. Dah lebih lima tahun ditanamnya. Ya Allah, Engkau jadikan ia berbuah supaya dapat aku makan sebahagiannya dan dapat aku beri kepada orang lain juga sebahagiannya. Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.
Tentang jambu air sudah diwar-warkan di WhatsApp group perjirananku. Alhamdulillah ada yang datang ambil. Tetapi buahnya masih banyak.
Boleh datang ambil lagi ya. Free of Charge. InsyaAllah mudah-mudahan berbuah makin lebat lagi dilain kali.
Mereka yang datang ambil jambu, ada yang siap tunjuk gambar, makan dengan kicap. Katanya best sangat! Pada saya musim PKP ni semuanya sedap. Tolak batu dan kayu aje.
Mari-mari datang ambil lagi.


