Semester Ini Adalah Antara Semester Yang Agak Sibuk

Semester 2 Sesi 2019/2020 ini agak sibuk bagiku. Well, semester bila-bilapun kita sibuk tetapi this semester ia terlebih sikit sibuknya.

Apabila berlakunya pendemic corona virus dan terpaksa pula PKP maka ia merencat segala perancangan yang telah aku rancangkan. Kita boleh mengatur perancangan tetapi Allah SWT yang menentukannya. Itulah hakikat kehidupan, kadang-kadang kita tidak berjaya mengawal hidup kita sendiri.

Semester ini aku share mengajar 3 subjek Master; 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Johor Bahru. Aku juga mengajar satu kelas undergraduate di Johor Bahru. Aku mengajar SPACE di Kuala Lumpur dan share satu subjek SPACE di Johor Bahru. Aku juga akan melawat pelajar-pelajar yang membuat LI (Latihan Industri) di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ada 3 orang pelajar SPACE yang juga membuat LI dan perlu aku lawati di KL dan Melaka. Semuanya berubah apabila adanya PKP!

Cuma yang seronoknya, semua subjek yang aku share, aku yang memulakannya dahulu. Partner aku sambung selepas semester break.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) perlu dibuat secara online. Setakat ini, aku pernah guna WhatsApp, Facebook dan yang canggih sikit adalah Zoom dan Webex. Pelajar-pelajar membuat presentation assignment mereka melalui Webex atau Zoom. Mujur berlakunya MCO atau PKP ini, kalau tidak kita tak akan belajar benda-benda baru ini.

Aku kalau mengajar tiada masalah. Cuma bila kita hendak membuat assessment pelajar, macam-macam kita fikir, adakah mereka tidak akan meniru atau membuka nota dan sebagainya? Kejujuran susah untuk diraih kepercayaan. Biarpun siapa. Kadang-kadang yang nampak alimpun belum tentu amanahnya.

So, at the end of the day buat soalan open book. Kesian juga kepada pelajar-pelajar, terkial-kial belek sini, belek sana untuk mencari jawapan. That was my imagination

Whatever it is, pada aku, kita sepatutnya a bit lenient sebab kesian kepada pelajar. Mereka tak expectpun keadaan macam ni. Kalau mereka tahu mungkin mereka tangguh pengajian semester ini dan start belajar next semester.

Kita cuba yang terbaik supaya semua win, win-win situation.

UTM Open Day