Dari Ibnu Umar, dari Nabi SAW yang bersabda, “Tiada boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu; seseorang yang dikurniai oleh Allah kepandaian dalam Al-Quran, kemudian ia selalu membacanya pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada waktu malam dan siang” (Muttafaq ‘alaih).
Maksudnya adalah tidak sepatutnya seseorang menginginkan keadaan seperti orang lain (ghibthah) kecuali dalam dua perkara tersebut.