Aku Mohon Doa Pada Mu Ya Allah…

Pada tahun ini, usiaku sudah mengjangkau 56 tahun. Bapa mertuaku mendapat menantu yang pertama iaitu daku semasa beliau berumur 44 tahun. Oleh itu, ya Allah ya Kareem ya Azim, aku memohon kepada Mu supaya Engkau memberikan jodoh kepada anak-anakku secepat yang mungkin. Daripada 4 kriteria itu iaitu agama, harta, rupa paras dan keturunan, sudah pasti aku memilih yang beragama yang dapat membimbing atau membantu anakku sentiasa berada di landasan yang lurus.

Kedua, aku mempunyai penyakit ya Allah. Penyakit kencing manis, kolesterol dan kadang-kadang batu karang. Gout sudah lama tidak mengganggu ku lagi. Oleh itu, ya Allah ya Kareem ya Azim, aku menadah tanganku kepadaMu supaya Engkau sembuhkan segala penyakitku. Aku hanya ingin beribadat kepadaMu dengan penuh kesyahduan dan penuh kelazatan. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin!

Ketiga, aku ingin Engkau panjangkan usiaku ya Allah supaya aku dapat beramal kepadaMu dengan penuh kyusuk. Aku ingin meningkatkan tahap taqarrubku kepadaMu ya Allah. Oleh itu, ya Allah ya Kareem ya Azim, Engkau perpanjangkanlah usiaku. Aku ingin Engkau panjangkan usiaku dalam keadaan aku tiduk nyanyuk dan tidak menyusahkan orang lain yang menjagaku. Engkau kabulkanlah permohonan aku. Aamiin, Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

Keempat, aku ingin menimang cucu ya Allah. Oleh itu, ya Allah ya Kareem ya Azim, aku memohon kepada Mu untuk memberikan aku menantu dan seterusnya cucu ya Allah. Aamiin, Aamiin, Aamiin ya Rabbal ‘Alamiin.