Menjadi Insan Bertanggungjawab…

Selepas 4 Mei ini, banyak sektor perkhidmatan, perusahaan dan pembuatan akan dibuka. Ada baiknya dan ada juga buruknya pada saya.

Baiknya ialah ia akan cuba menjana balik sumber ekonomi kita. Pihak-pihak swasta memang perlu beroperasi kerana kalau tidak mereka tiada sumber untuk membayar gaji. Begitu juga mereka yang bekerja sendiri, mereka perlu untuk membuka gerai bagi penjualan barangan untuk menghasilkan pendapatan. Hanya mereka yang bekerja di sektor kerajaan yang mungkin tidak begitu terjejas pendapatannya kerana kerajaan masih mempunyai reserve katanya. Sayapun kurang pasti. Tetapi sesiapa yang bekerja kerajaan tetapi masih membuat part-time kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi mungkin akan terasa juga.

Buruknya pula ialah jika precaution tidak diambil secara baik semasa bertugas maka gejala wabak ini bakal berulang.

Disinilah kita semua wajar memainkan peranan. Kita jangan sesekali merasa bahawa oh aku sorang aje yang melanggar peraturan ni. Sebenarnya semua orang akan berfikiran begitu dan akhirnya semua orang akan menyalahi penetapan yang diberikan dan akhirnya wabak akan merebak.

Kedua, jangan fikir kita sahaja tetapi fikir orang lain dahulu. Dalam Islam pun, dia menyuruh kita menyayangi orang lain sepertimana kita menyayangi diri kita. Misalannya, kita memikirkan orang lain yang mungkin akan menjangkiti penyakit dari bersin kita yang tidak memakai mask.

Ketiga, patuhi arahan. Kalau jarak 1 meter yang ditetapkan maka kita ikut ajelah. Jangan sesekali ingin merapatkan diri dengan mereka yang berada di sekeliling kita. Kalau dalam solat yang disuruh rapatkan safpun tetapi di musim covid-19 ini mereka duduk semeter apart (dibolehkan).

Keempat, apabila kita menuju ke sesuatu kawasan yang ingin dituju dan didapati ramai orang di sana. Jangan menambahkan kesesakan yang sediaada. Tunggu sehingga reda dan tidak ramai orang. Kalau perlu, datanglah di waktu atau hari yang lain!

Kelima, jangan menghampiri kawasan mereka yang tidak mematuhi peraturan. Contohnya, di kawasan dimana ramai yang tidak memakai mask atau tidak menggunakan sanitizer.

Sikap atau attitude kita teramat penting selepas 4 Mei ini. Jangan sesekali masih ada perangai, “Jika mereka boleh maka akupun boleh”. Kita hendaklah menjaga diri kita. Social distancing is very important. Kalau boleh setiap kali balik dari kawasan crowded maka terus buka pakaian untuk dibasuh dan terus mandi.

Hand sanitizer mesti masing-masing bawa walaupun ke mana. Bukan apa, in case kita terpegang tempat yang ramai orang pegang seperti door knob dan sebagainya. Wearing mask is a must!

Marilah kita sama-sama menjaga negara kita agar suasana kembali sehat dan sejahtera. Semua dari kita wajib berperanan!