Allah Suka Orang Yang Bertaubat

Malam tadi berusrah secara online dan Ust Dr Wan Hassan telah membicarakan sebuah hadis berkaitan tentang bertaubat.

Mafhum hadis adalah seperti berikut. Allah menyukai orang yang bertaubat lebih dari orang yang menjumpai binatang kenderaan di padang pasir yang luas.

Boleh kita bayangkan betapa sukanya kita apabila binatang yang menjadi tunggangan kita hilang di padang pasir yang luas kemudian kita menjumpainya semula. Subhanallah! Suatu perkara yang kita fikir agak sukar berlaku. Tetapi ia berlaku diatas iradah Allah SWT.

Pada saat kehilangan itu mungkin perasaan ‘lost hope‘ atau putus harapan telah datang memandangkan padang pasir yang sayup jauh, saujana mata memandang. Dengan kata lain, next to impossible.

Dan yang paling seronok dan penuh bersyukur ialah pada saat menjumpainya semula… Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Marilah kita sama-sama bertaubat di bulan yang mulia ini diatas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Astaqfirullah hal azim! Astaqfirullah hal azim! Astaqfirullah hal azim!

UTM Open Day