Menjadi “Liason Officer”

Pagi tadi (4/5/2020) saya pergi membuat saringan kesihatan dengan Pusat Kesihatan UTM (PKU) di Padang Kawad untuk menjadi Liason Officer (LO). 5 orang staf yang baru mendaftar. PKU diketuai oleh Dr. Firdaus.

Alhamdulillah lepas untuk berkhidmat sebagai LO. Saya nampak ramai juga staf kita yang volunteer untuk menjadi LO. Kalau tidak seratuspun mungkin hampir seratus…

Cuma untuk trip malam ni ke KL, Putrajaya dan Selangor, nama saya tak naik.

63 buah bas akan bergerak, masing-masing dengan membawa 2 orang pemandu, seorang LO dan belasan orang pelajar. Sesetengah bas ada yang tak sampai 10 orang pelajarpun. Yang penting ada ‘social distancing‘.

63 bas tersebut akan sampai ke destinasi masing-masing pada pagi ini dan kemudian berehat di UKM sebelum pulang kembali malam esok dengan membawa pulang pelajar-pelajar dari Tengah ke Selatan pula.

Suatu perancangan yang baik supaya tidak membazir kenderaan dan minyak. Kalau tidak, pergi ada penumpang tetapi bila balik ‘kosong’.

Harap-harapnya ada rezeki saya untuk berkhidmat. Kalau dapat trip ke Kelantan, cantik juga. Tetapi ini semua bukan kita boleh pilih. Ada rezeki dapat, tak ada rezeki pergi aje walaupun ke utara.

Yang penting niat mesti ikhlas supaya mendapat pahala. Kalau tidak, baik duduk rumah solat taraweh aje. Yang pasti ada pahala.

UTM Open Day