Menjadi ‘Liason Officer’ Ke KLIA

Pada 6 Mei 2020, saya bertugas sebagai ‘liason officer‘ (LO) ke KLIA. Tujuannya ialah untuk menghantar pelajar-pelajar UTM dan IPT di sekitar Johor Bahru untuk balik ke Kucing, Sarawak. Jumlah bas yang bergerak ke KLIA ialah sebanyak 11 buah bas.

Bas kami bernombor plate JGN 2009 mempunyai 2 pemandu, saya sebagai LO dan 16 orang pelajar. Pelajar-pelajar lelaki seramai 6 orang manakala pelajar-pelajar perempuan pula seramai 10 orang.

Kami bertolak dari UTM sekitar jam 9.48 malam dan sampai di KLIA sekitar jam 1.38 pagi.

Pelajar-pelajar hanya dibenarkan untuk check-in sekitar jam 6 pagi. Sementara menunggu untuk check-in, pelajar-pelajar tidur di atas bas.

Inilah kali pertama saya melihat KLIA kosong tanpa ada pesawat naik atau turun.

Walau bagaimanapun, ada 2 bas kami terpaksa balik awal kerana mereka mempunyai detail lain seterusnya pada keesokan hari.

Setelah selesai berurusan di KLIA, kami bergerak ke Balai Bomba KLIA sekitar jam 7 pagi untuk membuat sanitasi kepada bas. Proses penyemburan ini selesai pada jam 7.30 pagi.

Dari sini kami terus bergerak balik ke UTM Skudai.

Ini merupakan suatu pengalaman baru kepada LO yang mana perkara seperti ini tidak pernah berlaku.

Menurut anggota keselamatan KLIA pada hari tersebut seramai 600 orang pelajar akan keluar dari KLIA manakala 600 orang lagi akan masuk. Semua flight di KLIA adalah dibatalkan kecuali flight MAS yang akan membawa pelajar-pelajar kita balik ke kampung halaman mereka.

Ini adalah salah satu komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak pelajar kita di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sudah pasti ibubapa akan terharu dengan sumbangan kerajaan ini. Ibubapa mana tak risaukan anak terutama di waktu covid-19 ini?

Kita sama-sama doakan semoga wabak corona virus ini akan berlalu pergi insyaAllah! Kita Jaga Kita…

Speak Your Mind

*