Kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru atau Batu Pahat, bolehlah membuat permohonan sekarang.
Arahan dan syarat-syarat untuk memohon adalah seperti yang tertera di iklan.
Seperti biasa setelah permohonan diterima, ibubapa akan dipanggil untuk menghadiri seminar keibubapaan. Kemudian sekolah akan memanggil pelajar untuk membuat ujian bertulis manakala ibubapa pula akan menghadiri sesi temubual. Semua sesi ini mempunyai markah-markah tertentu bagi melayakkan permohonan pelajar. Walau bagaimanapun, prosidur ini dilaksanakan semasa tiada gejala covid-19. Untuk masa sekarang, saya tidak mempunyai apa-apa maklumat lagi bagaimanakah ia akan dilaksanakan.
Untuk makluman tuan/puan permohonan kebiasaannya melebihi dari bilangan pelajar yang ingin diambil. Oleh itu, kita seboleh-bolehnya ingin score dalam semua peringkat penilaian.
Satu lagi nasihat saya ialah jika tuan/puan tidak berjaya dalam permohonan ini dan tuan/puan begitu berminat untuk menyekolahkan anak tuan/puan di sini maka buatlah rayuan. Siapa tahu jika ada rezeki anak, rayuan kita diterima.
Terima kasih.