Menjadi LO Penghantaran Pelajar Balik Ke Ipoh 08 Mei 2020

Malam tadi trip ke Ipoh dan saya berkhidmat sebagai LO menaiki bas JGN 2010. Bertolak lebih kurang pukul 9.47 malam dan sampai di Stadium Indera Mulia hampir jam 4 pagi. Kami membawa 17 orang pelajar; 8 lelaki dan 9 perempuan. Mereka adalah pelajar-pelajar dari UTM dan POLITEKNIK Mersing.

Driver saya mendapat WhatsApp penghargaan dari seorang bapa. Alhamdulillah. Saya turut bangga. Ayat-ayatnya adalah seperti di bawah;

🙏🏼🙏🏾Salam Sejahtera & banyak terima kasih kepada En Akbar Hashim & En Zairul Ezizam kerana *cekap memandu bas UTM dgn selesa dan selamat menghantar* kesemua 19 penumpang (pelajar UTM) dlm bas UTM *JGN 2010* ke Ipoh.

Saya ayah kpd *Scotrraaj Gopal (Pelajar No.3)* selaku wakil kpd kesemua ibupada pelajar ambil kesempatan untuk mengucap *ribuan terima kasih* daun keladi kpd kedua-dua drebar bas UTM yg kami hormati.

Kami dgn seikhlas berdoa semoga *ALLAH swt akan memberkati* kedua-dua saudara dgn segala *kemakmuran, rezeki yg lumayan dan kesihatan yang optima kpd kedua-dua saudara dan kesemua ahli keluarga yg kami hormati.

*TERIMA KASIH RASA TERHINGGA.*

Dgn ikhlas daripada:
*En Gopal Murugasen*
(Ayah kpd G.Scotrraaj UTM).

UTM Open Day