Saranan Untuk Beramal Di Malam 10 Ramadhan Terakhir

Assalamu’alaikum wrmt. wkth.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Alhamdulillah kita sudah sampai ke malam yang ke 22 di bulan Ramadhan. Sepatutnya semakin hampir ke garisan penamat, kita semakin giat dan laju untuk beramal. Banyakkan minta keampunan dari Allah, “Allahumma inna ka’afuwwun karimun tuhibbul ‘afwafa’ fuanni”.

Mungkin juga dengan PKPB ini, kita diberi peluang untuk kesekian kalinya untuk terus beramal sehingga ke akhir Ramadhan. Tambahan pula dengan sekatan untuk beraya hanya pada hari raya pertama saja maka kita tidak disibukkan untuk bersiap-siap sangat untuk menyambut hari raya.

Pada tahun ini, kita menyambut hari raya seadanya. Selepas itu, kita teruskan dengan Puasa 6 supaya kita diberi pahala seumpama berpuasa selama setahun.

Pada tahun ini juga, kita mungkin tidak dapat melaksanakan marhaban dari rumah ke rumah seperti biasa maka kita lipat gandakan amalan di penghujung Ramadhan ini kerana pada tahun hadapan belum tentu ada lagi Ramadhan buat kita.

Para sahabat Rasulullah SAW akan berdoa supaya mereka akan terus akan berjumpa dgn Ramadhan pada tahun hadapan… Kitapun berdoa kepada Allah SWT supaya kita juga akan menemui Ramadhan lagi pada tahun hadapan InsyaAllah.

Selamat Memburu Lailatul Qadr.

Ikhlas,

Dr. Hj. Wan Ibrisam Fikry Hj. Wan Ismail,
Pengerusi Surau Perjiranan 11,
Bandar Dato Onn.