Hari ini, 16 Mei adalah Hari Guru. Dapat juga ucapan dari beberapa orang bekas pelajar saya walaupun kita tidak mengharapkannya pun.
Kita sendiripun adalah hasil didikan guru-guru jua, bermula dengan Tadika di Kg. Laut, kemudian ke Sek. Ren. Jenis Kebangsaan Inggeris Kg. Laut (1971-1976), kemudian ke Sek. Men. Tumpat (1977), kemudian ke Sek. Men. Sultan Ismail Kota Bharu (1978-1979), kemudian ke Sek. Men. Teknik Terengganu (1980-1981), seterusnya ke Language Center of the Pacific Azusa (1982), Citrus College Azusa (1983), Northern Arizona University (1983), University of Louisiana at Lafayette (1984-1986), Kansas State University (1986-1988), Universiti Sains Malaysia (1990), University of Sheffield (1991-1995) dan Universiti Teknologi Malaysia (1995-Kini).
Dengan bilangan sekolah dan universiti yang begitu banyak tersenarai di atas, saya pasti teramat ramailah mantan guru-guru yang pernah mendidik dan menyampaikan ilmu kepada saya. Doa saya yang baik-baik buat mereka.
Alhamdulillah saya sendiri menerima beberapa ucapan dari bekas pelajar saya. Masih ada yang ingat dan mendoakan kita.
Saya juga mendoakan untuk guru-guru dan bekas pelajar-pelajar saya semoga mereka diberikan taufiq dan hidayah serta beroleh kejayaan di dunia dan akhirat InsyaAllah.
Tempoh perkhidmatan sayapun hanya tinggal beberapa tahun lagi. lnsyaAllah jika diberi usia oleh Allah, tarikh pencen saya ialah 1 September 2024 ketika berumur 60 tahun.