Lagi Program Pada 21 Jun 2020

Alhamdulillah sampai di rumah Baiyah dan suaminya Zul di Dungun, Terengganu 5 minit sebelum pukul 1pm. Baiyah adalah anak sepupuku, anak kepada Kak Wan (Rugayah) dan Allahyarham Ust Nawawi.

Aku kurang pasti…. tetapi rasanya lebih 20 tahun aku tak jumpa Baiyah. Ya lah masa dulu-dulu dia masih kecil lagi. Sekarang sudah mempunyai 4 orang anak.

Dijamukan dengan makan tengahari, bermacam-macam lauk pauk disediakan; sup urat (my favourite), ayam goreng, telor goreng, ikan kering kurang masin (also my favourite), kari ikan, udang goreng… masyaAllah banyak sungguh lauknya.

Sekitar jam 2.30pm, kami bergerak ke UiTM Dungun (yang terletak lebih kurang 2km dari rumahnya) untuk mengambil barang-barang Rasyid.

Jazakumullahu khairan kathira kepada Baiyah dan Zul suaminya serta anak-anak diatas hospitaliti mereka. Sungguh kami tidak mampu membalasnya.