Selesai mengambil barang-barang Rasyid di UiTM Dungun, kami bergerak ke Kuantan pula. Anak saudara, Muhammad dan isterinya, Izzah menjemput kami mengunjungi rumah mereka.
Kami sampai di rumah mereka sekitar jam 5.15pm.
Kebetulan ayah dan ibu Izzah ada di sana. Tidak lama kemudian, datang pula Ayah Su, adik kepada ayah Izzah yang merupakan usahawan jutawan yang berjaya.
Kami menjamu selera sekali lagi tetapi kali ini lebih ringan. Roti jala dengan kuzi, pisang rebus, betik dan sira labu. Wow kuzi, sungguh lazat sekali. Bukan senang untuk dibuatnya… Susah atau renyah untuk dibuat tetapi sangat sedap dimakan.
Aku sempat juga menjamah sepotong sira labu walaupun agak manis untuk seorang diabetic seperti aku.
Apapun alhamdulillah, ‘treatment’ yang begitu unggul buat bapa saudara. Rasa sungguh terharu.
Kami bergerak dari Kuantan sekitar jam 6.10pm dan tiba di Rompin pada pukul 9 malam. Syukur alhamdulillah pada Allah yang menyelamatkan perjalanan kami.