Kita sayang duit! Tiada siapa yang tak sayang duit. Tanpa duit banyak urusan tergendala. Walaupun ada yang berkata, “Duit bukan segalanya”. Tetapi tiada duit segala urusan tak berjalan.
Baru-baru ini anak saya yang ketujuh minta duit untuk membayar kepada sekolah memandu RM200 lebih kerana untuk ‘retest’ ujian memandu. Antaranya kena bayar lesen L yang ‘expired’ kerana PKP.
Cuma pertanyaan saya kenapa kita kena bayar lesen L yang luput bukan kerana kesalahan kita?
Apapun pada saya, ini tidak sepatutnya terjadi. Bukan kita sengaja tangguh ujian semula tetapi JPJ yang tutup. Tetapi kalaulah itu peraturannya, kita akur ajelah.
Alhamdulillah anakanda Wan Sakinah lulus ujian memandunya semalam (15 Jun 2020). Ujian kali kedua buatnya.
Ini bermakna sudah 7 orang anak-anak saya melepasi SRIH dan SMIH. Dan sudah 7 orang juga yang sudah berlesen memandu. Semua saya tanggung dengan jayanya Alhamdulillah. Tak balik beraya tahun-tahun sebelum nipun tak mengapa, pakai kereta Kancilpun (2003-2014) tak apa. Janji yuran sekolah anak-anak dapat dilangsaikan. Itulah pengorbanan!
Cuma ketujuh-tujuh anak saya hanya mempunyai lesen memandu kelas D saja, tiada kelas B. Saya haramkan mereka dari mengambil lesen kelas B. Kalau kemudian mereka ambil sendiri, saya tak boleh kata apa…
Pada saya, menaiki motorsikal ini banyak mara bahayanya. Kalau kita langgar orang biasalah, dia sakit kitapun sakit tapi kalau orang langgar kita, sudah pasti kita yang lenyek.
Sekarang tinggal 2 orang lagi di SRIH dan SMIH. Bermakna 2 orang lagi nak dibelanjakan lebih RM1700 untuk lesen memandu kereta. Seorang Tingkatan 4 manakala seorang lagi baru Darjah 6.
Apa-apapun alhamdulillah dan terima kasih kepada JPJ dan Sekolah Memandu kerana telah meluluskan ujian anak saya. Didoakan semoga anak saya menjadi pemandu yang berhemah di jalanraya InsyaAllah.