A Small Gathering

Buat a small reunion for ex SMSI, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Reunion dibuat di Ayang Cafe, Jalan Langgar, jam 8.30 pagi pada 19 Jun.

Kawan-kawan yang mempunyai masa lapang datang, Alhamdulillah. Ada juga lah dalam 10-11 orang.

The first one yang saya buat ialah pada tahun lepas, berjumpa di atas pasar Tok Guru, Chabang 3, Pengkalan Chepa. Seronok belanja kawan-kawan makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, telor tiga suku masak, kuih-muih dan lain-lain.

InsyaAllah setiap kali balik Kelantan, saya akan make a point to meet my class mates. Kata orang berjumpa mata setahun sekali setelah berjumpa di WhatsApp group setiap hari. Menghubungkan silaturrahim pasti ada ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Tadi berjumpa dengan Nik Rosli, sekelas dengannya dari Darjah 1 hingga Darjah 3 di Sekolah Ren. Jen. Keb. Inggeris Kg. Laut. Kemudian sekelas dengannya semula di Sekolah Menengah Sultan Ismail, semasa di Tingkatan 2.

Kadang-kadang kita merasakan seperti it’s a small world

Satu lagi perjumpaan bekas pelajar-pelajar SMSI pada malam esoknya pula. Yang ni berlangsung di Restoren Wau, Kota Bharu dan ditaja oleh Ar. Shahabuddin.

Alhamdulillah perjumpaan orang-orang tua. Bertanya pasal kawan-kawan lama. Dan bercerita tentang pengalaman di sekolah dahulu.

Itulah cerita-cerita orang lama. Ada yang sudah pencen, ada yang masih menunggu untuk pencen 4 tahun lagi dan sebagainya.

Esok pagi aku sudah bergerak balik ke Rompin dan lusa bergerak ke Johor Bahru pula.

Ada masa kita berjumpa lagi…InsyaAllah.