Mesyuarat Agung PIBG SMIH

Persatuan Ibubapa dan Guru, singkatannya PIBG merupakan medan terbaik untuk kita salurkan pandangan dan idea bagi membantu sekolah. InsyaAllah mesyuarat agung PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah akan berlangsung pada 18hb Julai 2020.

Saya selaku outgoing YDP memohon supaya ramai ibubapa dapat hadir dan memilih AJK PIBG yang baru. Jika kita mempunyai AJK yang sanggup bekerja demi Allah tanpa mengharapkan balasan dunia maka banyak perkara dapat kita pertingkatkan lagi di SMIH.

Pilihlah YDP baru yang lebih baik yang boleh memberi masa untuk kebajikan anak-anak, ibubapa dan guru-guru. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh merupakan pepatah kata lama yang perlu kita terapkan supaya organisasi kita terus menyerlah. Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan!

Isu yuran sekolah, urusan bas sekolah, pembelajaran anak-anak dan sebagainya dapat dilihat secara bijaksana jika kita saling berbincang secara baik dalam rangka PIBG kita.

Pengalaman sebagai TYDP dan YDP PIBG SMIH untuk beberapa penggal sudah cukup buat saya. Beri pula peluang kepada orang lain yang ingin menyumbang. InsyaAllah sumbangan kita akan dicatat oleh Allah SWT sebagai sebahagian dari amal soleh kita untuk bekal di akhirat nanti.

Ayuh, sila datang beramai-ramai dan membuat pemilihan yang terbaik. Catit tarikh ini dalam diari tuan/puan. Jom kita…