Hari ini, 1 Julai 2020 semua pensyarah LAD sibuk. Membuat viva-voce secara online.Inilah kali pertama kami melaksanakan viva seumpama ini. Pensyarah-pensyarah di’pair’kan supaya panel ada yang menjadi second reader dan seorang lagi menjadi panel pendengar.
Satu hari penuh viva Projek Sarjana Muda (PSM) hari ini. Bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.20 petang.
11 orang pelajar kesemuanya. Terima kasih kepada Penyelaras PSM, Dr. Aminah Mohsin dan pelajarku semua. You have done a good job.
Biasalah ada yang kena perbaiki sedikit sebanyak demi kebaikan anda semua. Ini baru permulaan untuk belajar macamana hendak membuat penyelidikan.
Nanti bila sambung master dan PhD, kita sudah mengetahui bagaimana ingin membuat penyelidikan yang lebih besar.
Ok. Bincang dengan penyelia dan betulkan mana yang dipersetujui.
Good luck semua!