Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB)

Ini cerita semalam, 2 Julai 2020.

Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) bergambar setelah habis bermesyuarat tadi. Selepas mesyuarat yang bermula pukul 11 pagi, kami bergambar dan seterusnya menikmati juadah nasi ayam. Bertambah saya makan kerana pertamanya, saya belum makan breakfast. Kedua kerana makanan berlebihan, kita order untuk 20 orang tetapi yang datang hanya 15 orang.

Kita yang diamanahkan ini cuba mengatur program dengan baki masa yang ada. AJK ini akan habis tempoh sehingga hujung tahun ini.

Duitpun banyak lagi. Rasanya ada dalam RM20,000 lagi. Itupun dalam kekangan kutipan yuran yang tidak begitu lancar. Biasalah orang kita semua hendakkan benda free.

Kalau kita cuba letakkan dalam benak kita, aku jelaskan yuran ini semata-mata untuk membantu insan lain yang kurang bernasib baik. Kan dapat pahala! Namapun Badan Kebajikan bukannya Kumpulan Kugiran…

Banyak program yang tergendala semasa PKP. Program bubur lambuk, jamuan raya, santuni ziarah rumah ke rumah, program korban bersama di FABU dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan.

Apapun hal-hal kebajikan tetap kita dahulukan InsyaAllah.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada Penaung AKRAB yang terdahulu iaitu Prof Mohd Hamdan Ahmad. Penaung terdahulu telah berpindah ke Pejabat TNC. Terima kasih Prof diatas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan…