Peluang untuk beramal datang lagi. Melaksanakan korban bersama PIBG Hidayah. Jangan kita biarkan ia berlalu tanpa kita mengambil bahagian bersamanya. Tahun ini ia agak janggal kerana kita tidak dibenarkan untuk menunaikan fardhu Haji tetapi kita masih boleh melakukan ibadah korban.
Kita target untuk mendapatkan 30 ekor lembu InsyaAllah. Kalau dapat alhamdulillah, tak dapatpun alhamdulillah juga.
Kita boleh pilih untuk mengagihkan sendiri daging korban atau pihak sekolah yang bantu agihkan.
Dengan kata lain, kalau kita ambik 1/3 aje daging dari bahagian korban kita maka kita tak perlu agihkan apa-apa lagi.
Setengah orang mungkin ambik 2/3 atau kesemua (3/3) daging korban kerana mereka ingin mengagihkan sendiri daging korban mereka. Daging ini boleh dibawa ke kawasan perumahan flat untuk mereka merasai kemanisan daging segar serta kemanisan ukhuwwah kita sesama Islam.
Jiran-jiran tetanggapun jangan dilupakan. Inilah masanya untuk kita terus bersilaturrahmi sesama kita.
Seeloknya jadikanlah ia sebagai agenda tahunan kita.
Jom kita…
