Hari demi hari, niat kita wajib diperbetulkan.
Hari ini niat kita betul, ikhlas, lillahi taala. Esok dia lari sikit. Sebab apa? Sebab tengok orang itu naik pangkat, orang ini naik pangkat. Akhirnya, bertanya kepada diri sendiri, apa, teruk sangat ke aku? Dapat Anugerah Khidmat Cemerlangpun sekali aje.
Mungkin juga. Hati mula lari… rasa tawar dan ingin menyendiri. Aku kerja baguspun bukan orang nampak.
Tambah-tambah lagi orang yang dulu di bawah kita, semua sudah naik pangkat. Kita saja yang kekal, tak naik-naik. Alhamdulillah! Mesti ada hikmah dia.
Motivasi kerja mula menurun. Tanya pada hati, engkau kerja untuk siapa? Aku bekerja kerana Allah SWT.
Tetapi aku rasa dah banyak Allah berikan kemudahan dan keselesaan kepada aku. Sudah banyak negara aku lawati. Adakah aku termasuk golongan mereka yang tidak bersyukur pula? Wal iya zubillahu min zaalik.
Betulkan balik niat hati. Pulas serta kordinat balik supaya ia selari dengan firman Allah, “Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada ku”. Alangkah ruginya jika ada tatacara kita yang tidak bersandarkan kepada kehendak Allah.
Esok dia pusing lagi apabila melihat ada kawan-kawan yang memakai kereta besar, beristeri ramai dan mempunyai banyak harta. Adjust balik hati kita…
Itulah kerja kita. Hari ini betulkan. Esok betulkan lagi. Lusa betulkan pula. Sebab hati ini berbolak balik, dia tidak tetap dan berubah-ubah. Sebab itu kita diminta berdoa, Ya muqalibal qulub, tsabbit qalbi ala deenik! Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku diatas jalanMu (AgamaMu)!