Pagi tadi ada ‘appointment’ dengan Dr. Norizam dari Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan pada petangnya pula bersama Pn. Hajjah Farhana Abdul Majid dari Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG Johor).
Kami berjumpa dengan pakar dalam usaha kajian FRGS kami yang berkaitan perumahan orang-orang tua (cohousing) yang menepati maqasid syariah.
Alhamdullah banyak input yang diperoleh dari kedua-dua mereka.
Dr. Norizam menerangkan berkaitan konsep Bandar Islam yang mana merupakan tesis PhD beliau. Konsep ini mungkin dapat diterapkan dalam kajian ‘cohousing for active ageing’ ini.
Pn. Hajjah Farhana merupakan bekas pelajar saya, graduated tahun 2005 pula menerangkan dari aspek perundangan dan Kebenaran Merancang (KM) dalam kita merancang konsep pembangunan yang sebegini. Ia mungkin suatu konsep baru yang mana ia berbeza dari pembangunan ‘mixed development’. Oleh itu, perundangan berkaitan ‘cohousing’ ini mungkin akan diteliti semula.
Kami tidak lupa untuk mengisi keperluan fizikal di M.S. Beriani di Tampoi. Rupa-rupanya taukeh kedainya adalah bekas pelajar kami, Sr Azizul Rahman.
Sr Azizul menyatakan bahawa beliau selalu nampak saya di Sekolah Islam Hidayah.
Kami sampai di Restorennya sekitar jam 12.15. Katanya semalam kedainya tutup seawal jam 12.30 petang kerana makanan telah habis. Alhamdullah kami sempat makan nasi beriani kambing. Sungguh enak sekali.
Setibanya di Taman Universiti setelah pulang dari PTG, Pak Ba menjamu kami dengan, keropok lekor, bayam, cendawan dan pisang goreng.
Alhamdulillah, ‘that’s the end of our day’.
InsyaAllah pada minggu depan, kita akan berkunjung ke MBJB dan MBIP untuk menemui pakar yang lain pula.
Hasrat saya adalah untuk melaksanakan kajian ini dengan sebaik mungkin dan mungkin hasilnya kita akan propose kepada pihak-pihak yang berpotensi untuk melaksanakan projek ini seperti GLC dan sebagainya. Ia mungkin akan menjadi suatu model pembangunan sustainable cohousing framework for active ageing community based on Maqasid Syariah compliance in Malaysia.