Kita Dihormati Apabila Kita Berharta

Dalam dunia sekarang, harta dan wang ringgit menjadi idaman semua. Orang akan menghormati kita jika kita berada. Kalau kita kurang berada, sebaik manapun kita, masyarakat kurang menghormati. It goes across the board, samaada sanak saudara atau sesiapa jua.

Amat wajar untuk kita mempunyai harta yang banyak. Apatah lagi jikalau kita membelanjakan wang tidak berkira terutama kepada warga miskin.

Apabila saya melihat bagaimana Ustaz Ebit Liew membantu orang miskin, saya merasa begitu seronok sekali. Alangkah bahagianya, jika saya mampu dan boleh melakukan perkara yang sama.

Ustaz mampu kerana mempunyai banyak perniagaan yang diceburi.

Kita yang bergantung kepada gaji kerja kerajaan hanya mampu untuk melihat saja dan memperpanjangkan angan-angan yang mungkin tidak tercapai. Tetapi tidak salah untuk kita berimpikan seperti itu. Alangkah seronoknya jika aku dapat membantu orang susah.

Seharusnya begitu. Kita pula akan merasa puas dan lega apabila kita berjaya membantu seseorang, self satisfaction kata orang.

Kepuasan diri ini sungguh tinggi nilainya! Perasaan yang tidak boleh dijual beli. Hanya mereka yang membantu orang lain akan merasai perasaan ini.

Ia menjadi lumrah bahawa mereka yang berharta akan dihormati dan disanjungi.