Saya kagum dengan kawan saya. Beliau merupakan seorang pensyarah di bidang harta tanah (property development). Dan yang menakjubkan saya ialah beliau mempunyai 5 properties. Satu property beliau tinggal bersama keluarganya manakala 4 harta tanah lagi disewakannya.
Ini baru betul. Beliau mengajar dalam bidang tersebut dan mempraktikkannya! Kata Mat Salleh ‘He walks his talk’.
Semalam saya berjumpa dengan seorang lagi mereka yang mempraktikkan apa yang disyarahkannya. Beliau adalah seorang ustaz dan berkhidmat di Bahagian Nikah Cerai atau Undang-Undang Syariah, JAINJ.
Beliau mempunyai dua orang isteri dan yang memeranjatkan saya ialah beliau boleh mengumpulkan kedua-dua orang isterinya dalam satu banglow. Perkahwinan beliau dengan isteri kedua pula tidak dibuat di tanah seberang tetapi dibuat di Malaysia juga. Wow!
Inilah dua orang kenalan saya yang mempunyai keahlian dalam bidang masing-masing serta mempraktikkannya.
Tidak semua orang boleh melaksanakannya. Beribu orang boleh bercakap tentang property tetapi untuk berjaya dalam bidang tersebut seperti dalam buku Rich Dad Poor Dad agak sukar dicapai.
Apatah lagi ustaz yang bercerita tentang poligami. Dia hendak berkahwin lebih pun takut. Cakap berdegar-degar tetapi masih takut pada isteri.
Itulah hakikat kehidupan. Kita hendak berbincang dan bercakap dalam apa jua bidang adalah tersangat mudah tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakannya maka mulalah timbul pelbagai kekangan yang sukar diatasi.