Duit masuk dan keluar begitu mudah. Bab masuk taklah mudah sangat tetapi bab keluar itu yang tersangat mudah. Tetapi kalau kita fikir-fikirkan memang itulah lumrahnya. Yang masuk pasti akan keluar.
Kita bertungkus lumus mencari harta yang halal. Pada masa ini, kita ‘accumulate’ pahala. Kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan toyyiban buat anak isteri.
Selepas kita bekerja, ada aje benda yang perlu kepada pembaikan atau penggantian. Maka kita gantikan kerana Allah. Di sini kita meraih pahala lagi. Kehidupan ini penuh dengan pahala jika niat kita betul (Lihat hadis Nabi tentang Niat).
Kadang-kadang kita sekadar memegang duit untuk beberapa ketika saja atau sekadar lalu melalui kita aje. Tetapi tuan punya yang sebenar adalah orang lain.
Kita perlu mempunyai jiwa yang besar dan hati yang selalu bersyukur. Barulah hati kita akan menjadi tenang. Semua yang masuk atau keluar semua dalam pengetahuan Allah SWT.