Selalu kita dengar orang menyuruh kita to be nice to others regardless of what they do to you. Senang untuk dituturkan tetapi susah untuk diamalkan.
Kenapa?
Kerana ego kita. Kadang-kadang ia melebihi dari akal pemikiran yang rasional. Nafsu ego membuak-buak sehingga merasakan diri hina jika mengaku kalah. Kewarasan berfikir sudah hilang jauh nun di sudut sana. Ego yang menggila mulai mengambil tempat serta susah untuk dikawal.
Oleh kerana itu manusia bertindak tanpa kawalan. Dibalingnya bayi, dilambung-lambung dan dipijak-pijak. Cuba bayangkan bagaimana kita dapat mengawal perasaan orang yang membuat seperti itu kepada anak kita? Bolehkah kita berlembut lagi?
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana manusia yang waras boleh menerima pelakuan sebegitu dan memaafkannya. Ada memang ada tetapi tidak ramai.
Sebelum ini ada bekas pemimpin negara dimasukkan ke jail, dibelasah, dipukul hingga bengkak muka dan pengsan tetapi dia masih boleh memaafkan orang yang membelasahkannya.
Bagaimana dengan kita? Kalau diuji sebegitu, mampukah kita?
Saya hanya mampu menulis tetapi saya masih memohon supaya Allah memperkukuhkan jati diri keislaman saya. Saya takut dengan firman Allah, “Limatakuulu namaa laa taf’alun”. Kamu katakan sesuatu yang kamu sendiri tidak melaksanakannya. Amat murka Allah kepada orang yang sebegini…