Alhamdulillah aku, isteri dan Sakinah pergi ambik kereta pagi ini (23/07/2020) di Dealer Proton Larkin setelah beberapa bulan buat tempahan. Hari itu ingat dapat sebelum Hari Raya Aidil Fitri tetapi covid punya pasal dapat sebelum Hari Raya Haji.
Walau apapun alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikan aku segala nikmat yang aku tak mampu untuk membalasnya. Subhanallah!
Bila kita mempunyai ramai anak dan kereta hanya ada 3 buah, menjadikan pergerakan kita terbatas. Ia bukan lagi ‘luxury’ untuk memiliki kereta lebih tetapi merupakan ‘necessity’. Yang satu Kancil itu semua tak nak bawa sebab gearnya manual. So, tinggal 2. Kereta abah satu dan ummi satu. Kereta ummi lah yang lunyai dikerjakan mereka.
Satu lagi tujuan saya ialah untuk membantu UTM, so belilah nombor plat UTM.
Cumanya bila kita bawa nombor UTM ni, kenalah jaga disiplin. Jangan bawa tak tentu hala. Nanti orang akan kutuk UTM hanya kerana akhlak kita yang kurang baik. Bawa kereta yang berplatkan UTM mesti bersopan.
Sebenarnya, bawa kereta apapun kita wajib bersopan santun. Kita perlu saling hormat menghormati di jalanraya. Barulah kadar kemalangan akan menurun.
Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan kedatangannya ke dalam keluarga saya akan mempertingkatkan lagi iman dan amal kami InsyaAllah. Dan bukan sebaliknya, menyusahkan dan memporak perandakan keluarga kami. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.