Kunjungan Pelajar PSM Untuk Mendapatkan Tandatangan

Petang semalam (23/07/2020) Raja Nurul Sakinah telah mewakili 4 orang kawan-kawannya yang lain menghantar Projek Sarjana Muda (PSM) kepada saya untuk ditandatangani. Suatu ritual setiap tahun sebelum mereka tamat belajar di UTM dan keluar ke alam pekerjaan.

Pada semester ini, saya telah menyelia seramai 5 orang pelajar yang mengkaji tentang pelbagai isu. Ada yang mengkaji tentang radiation dari pencawang pemancar Wi-Fi, mengkaji tentang pencerobohan tebing sungai atau saliran, mengkaji tentang beras sebagai makanan sekuriti, tukar syarat tanah padi, dan kecenderungan para graduan untuk membeli rumah di bandar atau di luar bandar.

Kebiasaannya, semua pelajar PSM akan datang berjumpa dengan penyelia mereka untuk mendapatkan tandatangan. Tetapi disebabkan PKP, ramai pelajar yang masih berada di rumah dan di negeri masing-masing.

Walau apapun saya mengucapkan the best of luck kepada kamu semua; Kng, Hisham, Raja, Farihin dan Amira.

Satu pesanan saya ialah jangan memilih kerja. Bila dah bekerja, buat yang terbaik. Bekerja kena rajin dan jangan sekali-kali curi tulang. Biar majikan nampak kita kompeten dengan apa yang kita lakukan.

Di luar sana ombak dan badai cukup kuat. Jangan kita hanyut dipukul ombak dan badai. Oleh itu, berhati-hatilah wahai anak-anakku!