Cermin Mata…

Saya dah agak lama pakai cermin mata. Mungkin masa di awal 40an dulu.

Rabun dekat. Tak pakai spec, tak nampak nak baca.

Dulu-dulu beli spec yang mahal tetapi kerap hilanglah, jatuh dalam tandaslah dan sebagainya. Harga beratus-ratus juga. Rasa macam rugi pula beli spec mahal.

So, saya ‘end up‘ beli spec di kedai RM2. Sekali beli 5 atau 10 pasang. Dan letak merata-rata, dalam bilik tidur, ‘living room‘, tempat makan, dalam kereta, di pejabat supaya senang hendak dicapai. 10 pasang baru RM20 lebih aje. Lagipun digunakan untuk membaca aje. Patah atau hilang, beli lagi 5 pasang, apa susah?

Setelah sekian lama pakai spec RM2 terasa mata agak lain. Bertahun jugalah pakai spec RM2 ni…

Bila pakai kadang-kadang rasa terang. Kadang-kadang rasa tak nampak…buka spec lagi terang. Eh, mata aku makin elok ke ni?

Tapi tak ada lah terang sangat bila tak pakai. Ada yang boleh baca dan ada yang tak nampak nak baca.

Akhirnya pada hari jumaat lepas, aku ‘decided‘ nak pergi beli yang ‘tested‘ punya di kedai cermin mata. Tetapi yang paling murah punya.

Tuan kedai kata yang paling murah RM50 tapi tidak mengikut ujian mata kita yang sebenar. Dia ikut ‘power‘ aje. Rasa aku ini lebih kurang yang aku beli di kedai RM2 tu.

So, aku ‘decided‘ untuk beli yang mahal sikit ‘but fully tested on my‘ mata. Harganya RM89.90.

Semalam aku pergi ambil dan alhamdulillah rasa lebih selesa dari yang RM2 apabila memakainya.

Harap-harapnya ia tak akan hilang lagi dalam masa yang terdekat.