Pasal Banci Lagi…

It’s 1790. A family’s dinner is interrupted by a knock on the door. “Come in.” says the father. A U.S marshal enters. “Who is the head of this household?” he asks, looking at the father. “How many free white males are there under 16? How many 16 or over? How many free white females? How many slaves? Any other free persons living here?” He tallies the answers on a sheet of paper and writes down only the name of the father. As he is going out the door he adds, “If you want to change anything, the information about you and the rest of the town will be posted in the tavern.”

A bizarre episode? Deliberate racism and sexism? An outrageous invasion of privacy? Not in 1790.(Nota Subjek Planning Analysis oleh AP Claude A. Keithley)

Itulah cara banci yang pertama di Amerika dilakukan. Amerika mempunyai penduduk kurang dari 4 juta pada tahun 1790 dan meningkat kepada lebih dari 220 juta pada tahun 1980.

Cara untuk mendapatkan maklumat telah mengalami perubahan.

Apa yang penting ialah perubahan yang berlaku terhadap hak kerajaan untuk mendapatkan data, hak rakyat terhadap ‘privacy’, pengiktirafan terhadap wanita dan kumpulan minoriti dan kepentingan penyertaan awam dalam sistem demokrasi.

Pada saya, Banci Penduduk merupakan matapelajaran yang patut diajar kepada pelajar. Dengan mengetahui maklumat ini kita dapat melihat purata pendapatan bagi sesebuah bandar.

Untuk apa? Kita boleh mengetahui ‘demand’ terhadap perumahan dan sebagainya. Oleh itu, kita tidak akan membenarkan pembinaan lebihan perumahan. Kita juga boleh menganggarkan jenis perumahan yang perlu dibina dengan melihat kepada pendapatan populasi, bilangan ahli keluarga dan sebagainya. Penjualan rumah tidak akan menjadi ‘over hang’.

Kita juga boleh melakar ‘population pyramid’ dengan maklumat yang ada. Kita boleh merancang untuk pembinaan sekolah, nurseri, rumah orang tua, keperluan fasiliti lain dan sebagainya. Melalui ‘cohort age group’ populasi yang ada kita boleh menyediakan kemudahan-kemudahan yang perlu. Maka fasiliti yang dibina tidak akan menjadi ‘under utilized’ atau ‘over supply’. Selalunya di dalam Pelan Tempatan atau ‘Local Plan’ kita akan menyediakan ‘population pyramid’ ini. Dengan lakaran ini, ia akan nampak dengan lebih jelas.

Population pyramid negara maju adalah berbeza dengan population pyramid negara membangun. Di negara maju, ia kelihatan sama atau seimbang dari cohort age group 0-4 tahun sehingga ke cohort age group 75+. Di negara membangun pula, cohort age group 0 hingga 15 tahun adalah melebar dan ia merucing di atas iaitu bagi cohort orang-orang tua, 55 tahun ke atas.

Ini tidak termasuk lagi kepentingan census untuk perniagaan yang lain. Sebagai contoh, pada sekitar tahun 1960an, Ford Motor Company telah mengeluarkan kereta Ford Mustang untuk disasarkan kepada penduduk berusia 18 hingga 24 tahun yang ramai. Begitu juga sesebuah syarikat tidak akan memasarkan atau mengiklankan makanan kanak-kanak di kawasan dimana ramai orang tua dan kurang pasangan muda.

Oleh itu, Banci Penduduk atau Census ini merupakan ‘tool’ yang penting untuk kita sama-sama bantu pihak kerajaan untuk menjayakannya.

Jom isi borang eCensus!