Salah Tanggapan

Salah tanggapan adalah perkara biasa jika kita tidak mendapatkan penjelasan sebenar dari sesuatu pihak.

Saya membeli kereta baru dan antara ‘offer‘ yang dikhabarkan ialah dapat membuat ‘tinted‘ bagi cermin kereta. Saya begitu ‘naive‘ tidak bertanyakan bahawa adakah ia free? Saya diberi kupon dan katanya ia valid dalam masa setahun.

Rupa-rupanya, kupon itu bernilai RM250 dan sekiranya kita ingin membuat ‘tinted glass‘, yang paling murah ialah kita perlu tambah RM400 lagi. Subhanallah!

Sebenarnya, saya menyuruh anak untuk menelefon syarikat tersebut untuk booking dan sebagainya tanpa melihat kepada voucher yang diperoleh. Setelah anak saya di sana, baru anak saya call mengatakan kena bayar.

Kalaulah syarikat tersebut memberitahu bahawa ada beberapa jenis tinted glass dan semuanya berbayar maka mungkin saya akan melarang anak saya ke sana.

Mungkin juga strategi syarikat untuk menyorok ‘hidden cost‘ supaya apabila kita telah berada di sana maka kita terpaksa membuat pilihan untuk melakukan tinted walaupun berbayar.

Tak tahulah… Mungkin saya terlepas pandang kerana menganggap ia seperti kereta Camry saya yang mana tintednya diberikan percuma. Toyota buatkan untuk saya for free. Yalah kereta harga RM140k nak dibandingkan dengan kereta RM42k? Mesti servisnya tak sama!

Apapun kita perlu tanya in the beginning dan jangan hanya membuat tanggapan, akhirnya selepas itu kita mungkin rasa macam tertipu dan sebagainya.