Menginsafkan Diri

Saya cut and paste mesej yang dikirim kawan kerana ia agak mengesani kalbu ini. Saya share di sini supaya kita sama-sama ingat bahawa kita semua HANYA MENUNGGU GILIRAN….

Menunggu Giliran

Seorang-seorang pergi. Kita ni ibarat tengah beratur dalam satu barisan panjang. Dalam barisan ini semua orang beratur. Pemimpin politik ada, artis ada, ustaz ada, selebriti ada, bos ada, kuli ada. Dokter ada, ‘patience‘ ada. Datuk ada, atok pun ada. Raja ada, rakyat marhaen pun ada. Semua tengah beratur menunggu giliran masing-masing. Nombor giliran je yang tak tau ke berapa?

Rahsia!!! Penuh rahsia.

Takkan ada siapapun yang boleh menghalang daripada pemergian kita ke alam kekal selamanya.

Apatah lagi cuba mengubah nombor giliran kita sepanjang beratur di barisan ini. Cuma, kalau rajin berdoa kepadaNya nombor giliran yang di hadapan boleh dialihkan ke belakang.

Dunia hanya tempat meninggal dan bukan tempat tinggal selamanya.

Sekiranya semua sedar dan insaf!!! Semuanya akan jadi pemurah, semuanya akan menjadi para dermawan. Pemimpin akan menjadi pemimpin yang sangat baik dan adil.

Semua orang sibuk hendak beramal. Yang daif, yang fakir, yang miskin payah hendak dijumpai lagi masa tu. Ada saja rezeki sampai.

Politik pula takkan sehiruk pikuk hari ini. Golongan pentaksub tak akan se’over‘ hari ini yang rela menegakkan benang yang basah.

Kerana pendusta, pengkhianat, pembunuh, penyamun akan takut untuk hidup terus leka berselimut dengan segala kekotoran itu. Semuanya berubah bila mana Allah SWT bukakan hijab untuk kita dapat tengok nombor giliran kita.

Berubah. Percayalah. Semuanya berubah. Bangsa sombong akan jadi bangsa ambil tahu dan lebih menyayangi.

Image may contain: one or more people, grass, sky, outdoor and nature