Lupa Bawa ‘Handphone’ Ke Pejabat

Jarang sekali saya lupa membawa handphone ke pejabat. Tetapi pagi tadi terlupa pula hendak dibawa. Lagipun salah satu ‘handphone’ku sedang dicaj.

Apabila sampai dekat dengan tol Kempas dari Bandar Dato Onn, saya teringat kedua-dua ‘handphone’ tertinggal di rumah. Rasa nak patah balik ambil tetapi hati nurani berkata apalah sangat tiada handphone untuk sehari. Dulu-dulu mana ada ‘handphone’pun?

Kalau orang nak cari kita, pandai-pandailah dia.

Selesai solat sunat Dhuha di Pejabat, aku menelefon ke rumah bertanya samaada ada sesiapa ‘call’ aku ke ‘handset’?

Ada!, jawab isteriku. Kebetulan Dr. Dayah sedang memanggilku di ‘handset’, aku menyuruh isteriku memberi nombor telefon pejabatku kepadanya.

Sebelum itu Umul Baharin juga ‘called’. Semua ingin bertanyakan berita tergempar pagi tadi iaitu pemergian allahyarham Razani ke pangkuan Ilahi.

Sebenarnya aku akan menjadi panel kepada pembentangan proposal PhD pada jam 10 pagi. Jadi aku agak ‘packed’ untuk menyiasat lebih lanjut tentang kematian Razani.

Selesai pembentangan proposal PhD sekitar jam 12 lebih, aku bergerak pulang ke Bandar Dato Onn untuk melihat berita-berita yang mungkin banyak dalam ‘WhatsApp handphone’ku.

Lagipun sekitar jam 12.15 tengahari tadi, aku dimaklumkan bahawa jenazah masih di bilik mayat dan belum dimandikan. Jenazah akan disolatkan di Masjid Sultan Ismail, UTM.

Sekitar jam 3 petang, aku mendapat mesej bahawa jenazah sedang dibawa ke Masjid UTM dan solat jenazah dijangka akan dilaksanakan sekitar jam 3.30 petang. Aku bergegas kembali ke UTM.

Selesai solat jenazah lebih kurang pada jam 4 petang dan allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Kangkar Pulai untuk disemadikan.

Semua urusan di tanah perkuburan selesai semasa azan Asar dilaungkan…

Aku mendoakan semoga allahyarham sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah hendaknya. Aamiin, aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Alamin.