Suatu pemandangan yang agak unik dan lain dari yang lain. Dimanakah ia?
Ia adalah di kawasan Eco World, Johor Bahru. Kawasan penempatan yang agak eksklusif saya kira. Hanya untuk orang yang kaya raya. Harga rumahnya berjuta-juta.
Agak ramai yang datang untuk bergambar di sini.
Tetapi menurut anak-anak saya yang pernah datang ke sini pada waktu malam, mereka mengatakan bahawa kawasan ini lebih menarik kerana ia dipenuhi dengan lampu-lampu hiasan.
Saya akan cuba ke sini pada waktu malam pula nanti.
Cuma komen saya adalah kedai-kedai di sini kebanyakannya untuk ‘cater‘ orang-orang cina kerana banyak tulisan cina, termasuklah kedai makan. Ada satu kedai, dia tulis ‘No Pork and No Lard‘.
Orang Islam bukan saja tak boleh makan khinzir dan lemaknya saja tetapi binatang lainpun yang halal dimakan perlu kepada cara penyembelihan yang betul dengan sebutan nama Allah SWT. Itu mungkin orang bukan Islam belum faham.
Kita yang sudah Islam perlu memahamkan mereka. Sesiapapun kalau tak faham, dia akan keliru.
Kita perlu saling faham memahami, barulah kita boleh hormat menghormati.
Yang paling penting ialah kita ingin mencuba untuk memahami orang lain. Jangan kita hanya mengharapkan orang lain memahami kita tetapi kita sendiri tidak mahu memahami orang lain.
Allah menjadikan manusia dengan pelbagai kaum dan bangsa supaya kita saling kenal mengenali (Lita’arafu) dan bukannya saling membenci, bermusuh dan membunuh. Tiada suatu kaum lebih superior dari kaum yang lain melainkan kaum yang bertaqwa kepadaNya. Begitu juga tiada suatu insan yang lebih baik dan mulia di sisi Tuhan melainkan insan yang paling bertaqwa kepada Penciptanya.
Akhir kalam ialah maksud firman Allah SWT, “Tidak Aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu.”