Kita Yang Paling Tua Di Jabatan

Dulu masa kita mula-mula masuk Jabatan dan Fakulti, kita adalah antara mereka yang muda. Kita hormat kepada yang senior. Takutpun ada… tapi taklah takut seperti takut pada hantu!

Masa itu kita energetik. Boleh aje buat 2 atau 3 kerja serentak. Semangat berkobar-kobar!

Masa kian berlalu; kita menempuh usia 30, kemudian 40, seterusnya 50, dan akhirnya 4 tahun lagi akan menemui 60 tahun. Pada masa ini juga kita dapati kita sudah menjadi yang paling tua yang masih ada di jabatan.

Ya lah kalau dulu Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Apabila disatukan semula menjadi Jabatan Harta Tanah maka tidaklah kita menjadi yang paling tua. Ada 3 orang lagi yang setahun lebih tua.

Begitulah edaran masa. Yang muda akan menjadi tua. Yang baru akan menjadi lama atau usang.

Kepada sesetengah keluarga, ibubapa di usia ini semakin dilihat kurang relevan. Ayah tak tahu… Ibu tak faham…kata anak-anak. Ini trending sekarang, mana sama dengan zaman ayah atau ibu dulu?

Apa yang tetap relevan kepada anak-anak sampai bila-bila ialah duit. Regardless of how old you are but whenever it comes to money, parents are always relevant even if you are bedridden as long as you got the money.

Maka masuk pula generasi-generasi baru ke jabatan. Merekalah yang akan meneruskan dan melonjakkan perjuangan kita yang terdahulu. Mereka jauh lebih mahir dari kita. Mereka mempunyai keupayaan untuk menggunakan komputer dengan perisian yang lebih canggih berbanding dengan kita.

Alhamdulillah, gaji mereka jauh lebih baik dari gaji kita pada masa dahulu.

Berjuanglah wahai rakan-rakan semua. Martabatkan ilmu yang kita curahkan kepada anak bangsa. Kita perlu kuat jati diri serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam mendidik mereka. Ya seperti kami mendidik kamu suatu masa dahulu…