Post-Mortem Korban Hidayah 2020

Kami telah membuat post-mortem Program Korban Hidayah di D’Hidayah Cafe petang tadi (5 Ogos 2020). Aku selaku YDP PIBG SMIH memanggil mesyuarat kerana program korban pada tahun ini diterajui oleh PIBG SMIH bersama-sama dengan Yayasan Hidayah dan PIBG SRIH serta SIH Niaga.

Kami dijamukan dengan sate serta nasi impit oleh Ustazah Ayu apabila post-mortem selesai. Mee celuppun ada tetapi dibungkus untuk dibawa balik.

Banyak penambaikan yang perlu dilakukan pada tahun depan jika situasi PKP masih bertahan. Pada tahun ini, julung-julung kali korban dibuat di rumah penyembelihan.

Satu lagi isu ialah pada tahun ini, kita menerima penempahan terbanyak iaitu sebanyak 20 ekor lembu.

Yang tidak kurang juga membuat kita kelam kabut ialah kerana penghantaran kesemua lembu yang telah disembelih pada hari sabtu. Sepatutnya dan seperti yang dijanjikan ialah 10 ekor pada hari sabtu dan sepuluh ekor lagi keesokannya iaitu pada hari ahad.

Tetapi En. Zamri telah menyembelih kesemuanya iaitu 20 ekor pada hari sabtu dan menghantar kesemuanya kepada kami pada hari yang sama. Macamana tak terkejut monkey kepada pihak kami. Manpower is supposed to be doubled then but AJKs are not around. They all went back home for holiday.

Alhamdulillah, banyak juga input-input yang diperoleh dari mesyuarat tadi. Harap-harapnya pada tahun depan kita mampu membuat program korban yang lebih baik, InsyaAllah.

Cuma, apa yang saya kurang gemar ialah kita buat post-mortem bagai nak rak tetapi pada tahun depan kita ulang balik mistakes yang kita telah buat pada tahun ini. Sebab musababnya ialah AJK bertukar dan kita pula tak go through balik post-mortem yang kita telah buat dahulu.

Ala kullihal, saya mendoakan semua AJK melaksanakan program ini seikhlas hati supaya semua dari kita ini mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah SWT.

Selamat beramal semua!