Pagi tadi, kami berada di Pusat Asasi UIA Gambang, menghantar anakanda Wan Sakinah.
Kami bergerak dari Johor Bahru pada petang semalam. Kami bermalam di rumah Kak Long di Rompin.
Kami datang dari Rompin ke UIA Gambang dengan dua buah kereta.
Di Pusat Asasi UIA hanya 3 orang dibenarkan masuk, termasuk dengan calon pelajar. Jadi Kak Long dan Kak Ngah menemani Wan Sakinah untuk mendaftar dan terus membawa barang-barang naik ke mahallah di aras 5.
Kami hanya lepak di depan masjid…
Kita sempat bergambar sebelum berpisah dengan Wan Sakinah tadi.
Akhir sekali ialah pesanan abah…
“Abah hanya mampu berdoa semoga Kinah berjaya di dunia dan di akhirat. Sepenuhnya usaha Kinah sendiri, doa serta tawakkal kepada Allah SWT.
Tiada kejayaan tanpa usaha. Ingat, rezeki tidak datang menggolek. Pasang niat betul-betul supaya kejayaan nanti berpahala.
InsyaAllah bila habis di sini, abah akan hantar Kinah ke Gombak pula. Belajar betul-betul, tak ada ‘short cut in learning’.
Jika ada masalah jangan lupa, abah dan ummi ada. Kalau tidak, hubungi aje kakak-kakak atau abang-abang. Kami sentiasa bersedia untuk membantu.
Kalau perlu duit, maklum pada abah!
Ok Nah. Abah, ummi dan semua adik beradik Kinah love you very much.“
‘Good luck and study hard!’
