Aku terserempak dengan En. Maal di Rompin. En. Ismaal menumpang di rumah DO Rompin yang merupakan saudaranya.
En. Ismaal diantara orang yang pernah mempunyai nilai tambah dalam hidupku.
‘It was way back in 2006.’
Pada tahun 2004, aku bersama 15 orang pensyarah lain di FGHT memohon kenaikan pangkat ke Pensyarah Kanan. 15 orang dapat kecuali aku.
Pada tahun 2005, aku sekali lagi bersama Dekan FABU sekarang, Prof Dr. Hishamuddin pohon. Prof Hishamuddin dapat dan aku tak dapat.
Pada tahun 2006, aku mengambil jalan lain untuk memohon kenaikan pangkat dengan menulis surat kepada Naib Canselor.
Surat 2 muka surat itu aku minta tolong Aman ‘despatch’ kepada En. Ismaal kerana beliau merupakan Timbalan Pendaftar kepada Pejabat ‘Vice Chancellor’ pada masa itu.
Sekembali Aman ke FGHT aku terus menelefon En. Ismaal menanyakan samaada surat itu sudah diterima atau belum? Beliau membalas dengan positif bahawa dia sudah menerimanya.
Itulah jasa En. Ismaal dalam hidupku, memanjangkan suratku kepada Tan Sri Zul (mantan NC UTM). Jazakallahu khairan kathira En. Maal.
Beliau juga adalah seorang staf yang ‘keep coming to the office’ walaupun sudah bersara. Didoakan semoga beliau berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin, aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Alamin.