Saja nak bercakap pasal nilai-nilai murni hari ini… Semua ajaran mengajak pengikutnya menjadi seorang manusia yang berjiwa murni. Apatah lagi Islam, tersangat la banyak!
Islam mengajar bahawa hak seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain ada 6 perkara. Ini juga ajaran nilai-nilai murni. Saya rasa dah banyak kali saya ulang perkara ini tetapi Islam itu menyuruh kita kerap memperingati walaupun isu yang sama. Manusia ini mudah lupa…
Pertama, memberi salam. Salam digalakkan diberi kepada mereka yang kita kenal mahupun yang tidak kita kenal. It’s a form of doa. Orang yang menerima salam itu pula WAJIB menjawabnya. Orang telah berdoa untuk kita maka kita juga berdoa untuknya. Kata orang, orang berbudi kita berbahasa.
Kedua, apabila seseorang itu mengundang kita maka kita seharusnya memenuhi undangan tersebut. Contoh yang mudah ialah seperti undangan walimatulurus. Jangan kita ambil mudah, kalau aku rasa hendak pergi, aku pergi! Orang yang menjemput kita mengharapkan kedatangan kita tetapi kita senang-senang tanpa sebab menguzurkan diri.
Ketiga, Apabila seseorang bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka kita wajib membalasnya Yarhamukallah. Satu proses mendoakan orang lain juga dituntut dalam Islam.
Kalaulah kita ternampak seseorang yang sugul dengan masalahnya maka kita secara senyap-senyap mendoakan untuknya. Ia adalah suatu perkara yang amat baik sekali dalam Islam, yakni berdoa tanpa pengetahuan si pemunya masalah tersebut. Dalam dunia ini, siapa tiada masalah? Hanya kecil atau besar aje yang membezakannya. Doakanlah untuk kawan-kawan!
Keempat, jika seseorang meminta pandangan kita untuk menasihatinya maka nasihatilah ia. Berilah nasihat yang terbaik! Dia tidak akan meminta nasihat kita, kalau kita tidak ‘qualified’.
Kelima, jika kawan kita sakit maka ziarahi dia. Ziarahi pesakit juga ada cara-caranya. Ziarah itu harus singkat masanya. Jangan duduk terlalu lama kecuali dia yang meminta kita ‘stay’ lama lagi dari yang sekadarnya. Jangan bercakap perkara-perkara yang menyusahkan hati dan pemikirannya. Selitkan doa untuknya.
Keenam, jika dia meninggal dunia maka iringilah dia ke kubur. Inilah perkara terakhir yang kita boleh membantu kawan kita disamping banyakkan berdoa untuknya.
Itulah antara nilai-nilai murni yang boleh kita praktikkan untuk diri kita, insyaAllah. Jom kita laksanakannya!
Speak Your Mind