Esok masuk tahun hijri yang baru. Didoakan semoga kita lebih giat beramal di tahun baru Hijrah 1442 nanti.
Apa maksud tahun baru? Maksudnya kita sudah bertambah setahun lagi dari segi usia… Rentetan ini juga, ia bermaksud kita semakin menghampiri ke alam baqa’.
Kita disuruh untuk membuat muhasabah diri. Tengok apa yang telah kita berjaya laksanakan pada tahun ini dan apakah perancangan kita untuk lebih maju di tahun hadapan. Didoakan juga kita lebih menginsafi diri dan semakin cemerlang kehidupannya baik di dunia mahupun persediaan ke akhirat InsyaAllah.
Ya Allah Engkau permudahkan segala urusan kami dan Engkau tetapkan pendirian kami diatas jalanMu.
Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ‘ala deenik…