Hari ini berlangsungnya program FABU ‘Good Values’ talk by Prof. Mohd Hamdan Ahmad, yang juga merupakan TNC (P) di Dewan Konvensyen, Fakulti Alam Bina dan Ukur. Program ini adalah dalam rangka untuk memenuhi keperluan KFA4 FABU.
Program ini juga disekalikan dengan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan FABU.
Ia juga diselitkan dengan majlis sambutan hari lahir Dekan FABU, Prof. Hishamuddin Mohd Ali.
Program berjalan lancar, alhamdulillah.
Saya selaku Pengerusi Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) dan ahli KFA4 FABU mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini terutama AJK AKRAB yang bertungkus lumus sejak minggu lepas.
Sumbangan tenaga, idea dan doa anda dalam menjayakan program ini, hanya Allah yang dapat membalasnya. InsyaAllah kita akan berganding bahu lagi dalam program-program yang seterusnya.
Saya juga ingin menyeru kepada semua termasuk diri saya supaya mengaplikasikan apa yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof TNCP.
Kejayaan sesebuah program amat bergantung kepada apa yang dapat kita garapkan hasil dari ceramah yang disampaikan. Ingat susunan yang telah Prof berikan; yang pertama ialah Institusi, kemudian ‘team’, dan akhirnya barulah individu atau diri kita. Apa yang dimaksudkan ialah utamakan kepada institusi dahulu kemudian barulah yang lain-lain.
Kalau kita tidak dapat amalkan semua, kita amalkan apa yang sedikit yang kita dapat. Barulah program kita tidak sia-sia, insyaAllah.
Selamat beramal dengan ilmu yang kita peroleh!