Rompin Ku Datang Lagi…

Cerah di Rompin pagi ini. Pagi tadi kami sudah membeli ‘breakfast’ di SyaQis Aiman Boutique Vendor seawal pukul 7am.
Satu yang menarik di vendor ini ialah ‘you just can get anything to eat’. Semua ada. Makanan Johor, Pahang dan sebagainya…
Saya juga tertarik dengan kedai ini sebab semua orang boleh hantar makanan di sini untuk dijual. Sebab itu, nasi lemak ada 2 atau 3 jenis, mee goreng 2 atau 3 jenis, nasi kerabu pun sama, nasi impit, nasi dagang, nasi air, ‘and so many more’. Kuih-muih memang banyak dan pelbagai jenis; onde-onde, cek mek molek, roti pau goreng, kuih lopih, karipap, dan bermacam-macam lagi. It’s a one stop center!
Pagi tadi saya hanya duduk menunggu dalam kereta saja, isteri dan Asmaa Solehah pergi membelinya. Saya pasti akan rambang mata jika saya turut serta ke vendor tersebut.
Ia lebih kurang sama dengan konsep Kopitiam Kita atau Ayang Cafe di Kota Bharu tetapi vendor ini hanya untuk take away dan tak boleh makan di situ.
Kalau di Skudai atau BDO, boleh buat satu, saya rasa amat meriah juga.
Kami tiba dari JB pukul 1pm semalam. Kali pertama bawa UTM 1964 keluar dari Johor. Esok pagi, kami balik JB…