
Lama juga Kafe To Su bercuti. Yalah, lagipun musim PKP dan pelajar-pelajarpun ramai yang berada di kampung. Pelajar-pelajar akan masuk semula ke kampus UTM pada bulan Oktober nanti.
Saja aje supaya kita dapat jimat duit minyak, jimat masa dan hidupkan kafe kita berbanding dengan kalau kita pergi makan atau minum di luar kampus UTM. Hargapun ok!
Kalau kita pergi makan kat luar, dahlah buang minyak, buang masa, kena tembak kat kepala sekali lagi.
Sepuluh kali keluar masuk UTM, sepuluh kali kena tembak kepala. Tak ada ke cara bagaimana kita hendak memberitahu pengawal penembak kepala bahawa kita sudah beberapa kali disukat suhu pada hari tersebut?
Apa-apapun, jom kita ke Kafe Tok Su…