Simpati Di Atas Kehadiranmu

Engkau datang ke rumah kami sewaktu PKP atau MCO. Aku lontarkan pertanyaan dalam ‘WhatsApp group’ siapakah yang ampunya kucing bertandang ke rumah kami dan bolehlah mengambilnya semula? Tetapi tiada siapa menyahut pertanyaanku.
Sebenarnya pengalaman kami dengan kucing tidak begitu baik sebelum ini.
Kucing jiran kami berlari ke laman kami untuk membuang air besar. Tidak pula dibuangnya najis di laman tuannya yang berumput karpet itu…
Perasaan marahpun ada, sedihpun ada kerana di laman yang sekangkang kera itulah tempat anak-anakku memukul bola tangkis. Apakan daya, perangai binatang…
Anak-anak aku memberi ‘smiley’ makan. Nama yang aku berikan kepada kucing tersebut.
Abang, apabila balik aje dari solat subuh di surau, terus smiley mengiau-ngiau meminta makanan darinya.
Anak-anakku yang lain turut juga memberi makan pada masa petang dan sebagainya.
Semalam smiley telah beranak. 4 ekor kesemuanya. Hari ini mati seekor. Tinggal 3 ekor anak-anaknya.
Kalau ada sesiapa yang inginkan smiley serta anak-anaknya, bolehlah ambil di rumah saya ya!