Menerajui Khalayak Manusia

Setahun dua ini, agak banyak juga persatuan yang aku mengepalainya. And frankly speaking, it’s not an easy job.

Aku merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Staf Fakulti Alam Bina dan Ukur, yang dikenali sebagai AKRAB. Lantikan selama 2 tahun dan pada hujung tahun ini maka tamatlah ia. Pada tahun 2020, prestasi pembayaran yuran ahli adalah kurang memberangsangkan. Setiap jabatan di FABU, peratus pembayaran yuran adalah kurang dari 50%.

Aku juga merupakan YDP PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru. AJK PIBG SMIH tak ramai, ada dalam belasan orang. Untuk menerajui PIBG SMIH tidak susah tetapi untuk melibatkan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah adalah tidak mudah.

Hari sabtu ini, aku dijemput untuk menjadi panel menemu bual parents yang ingin memasukkan anak mereka ke Tahun 1, Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Biasalah kalau aku tanya, apakah tuan/puan akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SRIH? Agak-agak apa jawapan mereka? Sudah pasti saya akan cuba. Tetapi kadang -kadang, saya bekerja di luar kawasan, saya berharap tuan memahami.

Saya juga merupakan Pengerusi Surau Perjiranan 11, Bandar Dato Onn. AJK surau P11 juga tidak ramai, sekitar belasan orang aje. Tetapi untuk mengimarahkan Surau P11 juga tidak mudah…

Aku juga sudah 13 tahun mengepalai Team Mukhayyam Johor. Rasa macam sudah tidak ada idea lagi untuk membuat program-program yang menarik. Tetapi selagi tiada pengganti, kayuh ajelah Beb.

Aku juga merupakan Timbalan Pengerusi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB), cawangan Johor. Ada juga aku membuat promosi untuk penambahan anggota KMMB di Fakulti FGHT dan yang terakhir di FABU tetapi nampaknya tiada penambahan yang ketara. Buatlah setakat yang mampu.

Akhir sekali, aku adalah Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi UTM Berhad (KUTMB). Setiap bulan kami mengadakan mesyuarat untuk menaikkan keuntungan disamping menawarkan perkhidmatan yang menarik kepada anggota. Pekerjaan ini juga tidak mudah. Memang kita ingin membantu para anggota tetapi ia seharusnya berlandaskan syariat Islam.

Yang paling penting pada saya ialah kita cuba membuat yang terbaik. Jangan setakat memegang jawatan saja tetapi tiada apa yang kita lakukan dan yang paling mengecewakan ialah jawatan dipegang tetapi mesyuarat hanya sekali sekali datang.

Ya Allah, perbaikilah diriku dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan! Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.