Tadzkirah Ustaz Kazim untuk renungan kita bersama…
Kita rajin mencari harta. Kita mencari harta seolah-olah kita ingin hidup selama-lamanya di dunia yang fana ini. Tetapi kita lupa untuk beribadat seolah-olah kita akan mati pada esok hari.
Berapa banyak rumah kita, berapa banyak kereta kita, berapa ramai isteri kita, berapa ramai anak pinak kita, berapa banyak harta kita? Akhirnya ke sana jua kita…
Marilah kita kumpul segala-galanya iaitu harta dan anak pinak tetapi dalam rangka kita menyediakan bekalan ke sana.
Tidak salah kita mengumpul harta tetapi jadikan ia sebagai modal untuk kita mengumpul pahala ke akhirat. Tidak salah kita mempunyai ramai anak tetapi kesemua anak-anak kita mendoakan untuk kita selamat di dunia dan di akhirat.