Kadang-kadang kita sanggup ‘travel’ jauh hanya ingin ikut selera makan.
Puas makan nasi, makan mee pula. Puas makan mee, makan roti pula. Begitulah kita gilir-gilirkan. Nasipun kita gilir pelbagai jenis nasi; hari ini nasi campur, esok nasi ayam, lusa nasi beriani, tulat nasi ayam penyet.
Begitulah kita tukar menu untuk memuaskan selera kita.
Kalau kita setakat solat di rumah aje… kesian ‘spiritual‘ kita. Tak ada kepelbagaian langsung. Itupun kadang-kadang buat, kadang-kadang tak buat.
Tak ada pulak rasa ingin pelbagaikan. Kalaulah rohani boleh bersuara…ya Allah boringnya aku, santapan yang diberikan hanyalah solat seorang-seorang di rumah. Itupun tak penuh.
Aku juga ingin merasa menu solat malam kadang-kadang, yakni solat tahajud tapi teramat sedikit dibuatnya.
Menu menghubungkan silaturrahim juga tak dapat aku rasai. Menu sedekah kebanyakannya teramat banyak bila jatuh bulan Ramadan.
Kalau kita tengok fizikal diri ternampak sangat besar dan sihat. Tetapi kalau kita tengok rohani, mungkin kurus melengking.
Elok juga kita turut jaga rohani supaya ia tidak kurus melidi tetapi tak mungkin juga ia sampai obesity.