Menjadi Panel Temu Bual Ibubapa Kemasukan Tahun 1 2021

Aku menjadi salah seorang panel temu bual ibubapa pagi ini bagi anak-anak yang ingin memasuki ke Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) pada tahun 2021.
Terpandang juga kepada rekod hafazan murid-murid SRIH untuk Tahun 6. “Not bad, not bad at all” kalau hendak dibandingkan dengan kita semasa Darjah 6 dulu.
Kita dulu kurang penekanan untuk menghafaz, yang penting masa itu ialah mendapat nombor 1 hingga 3.
Ayah dan ibupun hanya menerima pencapaian anak-anak seadanya kerana mereka dulu tidak bersekolah. Apabila saya memberitahu ibu yang saya dapat nombor 2, apa respon dia? Itulah malas belajar sangat…kalau tidak dapat nombor 1.
Pencapaian anak-anak dalam hafazan amat membanggakan di SRIH. Dengan bekalan hafazan itu, mereka akan sambung ke Tingkatan 1 di SMIH pula.
Jika bernasib baik, boleh masuk kelas tahfiz di SMIH. Ujian kelayakan akan dibuat pada peringkat ini.
Proses temu bual ibubapa agak ‘boring’ pada pagi ini. Maksud saya lambat. Sebabnya ialah pihak sekolah memanggil ‘parents’ dan pelajar ‘in stages’. Covid-19 punya pasal.
Kita dah habis satu sesi temu bual tetapi untuk meneruskannya dengan yang lain, kita perlu menunggu mereka sampai dulu. Mungkin pihak sekolah tersalah ‘estimate’ berapa lama waktu untuk satu-satu sesi.
Apapun tunggu ajelah.
UTM Open Day